Thursday, July 9, 2009

OMG!

Saya tengah dok depan computer di office, oh anakku aku rindu sama kamu. Weeee... tapi saya nak balik dah, tengah tunggu hubby neh. Balik rumah jek tension kekadang cos rumah tak sekemas dahulu semasa ade maid. Huargghhhh... maid baru bile ko nak sampai neh..... Kalau dulu tiap2 hari rumah bersapu dan mop sekarang tidak lagi, kalau sempat sebelum gi kerja saya buat. Hari tu saya gosok baju sekali 23 helai, nah ko merasa gosok baju yang dikumpul bebanyak. Sudah lama tidak buat semua kerja-kerja itu sekali kena buat nah amik, terkehel pinggang dibuatnya.
Update pasal adam plak, adam dah kurus sikit, maybe sebab dia dah semakin besar. Pastu banyak lak mulut sekarang ni, cocococeh... ntah hape2 cakapnya. Kekadang i rase anak i macam lambat sikit cakapnya. Tak banyak word yang die bleh sebut dengan betul. Simple word macam car, bus, nak, pillow die bleh sebut dengan betul tapi kalau 2 patah perkataan tak bleh sangat mcm tutup lampu ke, lie down ke, Ermmmm lambat ke adam bercakap....
Ohohohoooo.... nak balik dah, bye.... berbunga hati ni nak ambik adam di rumah tok maknya...

Megan fox VS Angelina Jolie


Gosh... mase i tgk transformer hari tuh, i tgk muka megan fox memang mirip angelina jolie, patutlah diorang dok gaduh, angelina claims megan tiru semua style die. Tapi bila i amati memang betul pun, dari style rambut, pakaian casual, formal, dress same. Paling tak bleh tahan kedudukan tatu di badan pun sama. Wahaha.... tapi dua-dua pun i suka tengok cos cantik. Semua orang suka tengok orang cantikkan. Jom layan tengok gambar2 megan fox dan angelina jolie
Megan Fox





Angelina Jolie






The megazine

















Alamak gambar yang kat atas ni cinonet plak, semua gambar diambil dari google image. Tapi adat la yang muda akn terus makin naik. Angelina jadi lagi hangin tak ingat bila dapat tau director nak ambil megan fox berlakon dalam cerita yg sepatutnya angelina berlakon. Yuhuuuu.. sekadar hiburan di hari khamis. dah gi sambung kerja korang...







Oh my hubby!


Mel, i hampir terlupa u tag i, sorry.... sekarang gak i settlekan... weeeehuuuu...


1. Tempat pertemuan anda dan suami buat pertama kalinya?
Ampang

2. Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula-mula berkenalan?
Gosh i tot die dah kawin dan paling kurang pun ade anak 2. Firasat kedua plak die adalah duda. Keji tul pemikiran si yaya pada ketika itew....

3. Tempat "dating" dimana die meluahkan perasaan pada anda?
Huishhhh secret tuh....

4. Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
8 bulan kenal kami bertunang after 3 month kawin.... kejap jek rasanya.

5. Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
Oh sila refer daisypath diatas, k la... next year march 3 years.

6. Kejutan yang pernah dia buat pada anda?
Ayo, banyak sangat la... tak tersenarai disini...

7. Perancangan anda dan dia dalam rumahtangga?
Oh adalah menjadi rahsia kami berdua....

8.Bagaimana die melayan kerenah anda?
Oh kami saling layan melayan antara satu sama lain, kalau tak macam mana adam bleh wujud, wink! ngeheheheh. Hubby layan saya dengan baik dan penyabar.

9. Hubungan suami anda dengan keluarga anda?
Huishhhh... abah saya tu kalau saya datang umah baru sampai muka pintu dah tanya "amri mana, amri ada?" saya jawab, "ade tengah parking kereta". Selalu camtu tau, dalam hati ni, abah taknak tanya anak abah ni ke???? ngekekekekke Bagus la b, my parents suka u!


I nak tag sume "follower" i, muahahhaha sila buat ye....

Wednesday, July 8, 2009

Hadiah MIL


Saya tengah bingung, selalunya bila nak raya saya akan bagi hadiah kat mak dan MIL. Kain baju dah banyak kali bagi, tudung pun sama, nak bagi handbag MIL baru dapat mase birthday die arituh. Tolong bagi idea ape nak bagi MIL nih, kalau mak sendiri saya tau nak bagi ape. Oh MIL nak bagi ape yek?


P/s: mase nak bagi hadiah tudung kat MIL dulu, kemain berdebar2, macam2 saya terbayang &bleh terpikir "buatnya dia sarung tudung tu kat kepala aku, nah amik ko yaya". Huisshhh sib baik MIL senyum dan cakap thanks jek, phewww...


Received blog award from watie, thanks dear!






Tuesday, July 7, 2009

Gigi patah - rongak


Saya kesedihan dan jadi panik sangat, gigi saya patah sekali 3 batang. Huargggghhhh... menangis tak hengat dan takde mood. Macam mana ni, saya tak tau nak buat ape, resah meronta-ronta saya ni tau. Rupa saya dikala 3 batang gigi patah usah di tanya. Macam nenek kebayan pun ade. Aaarrrrggghhhhhhhhh.... saya dah berkali-kali jerit tension!

Ape perlu saya buat, patah 3 batang sekali gus dan yang paling menyedihkan ialah 3 batang gigi di belah hadapan disebelah kanan. Saya panik!panik!panik! tolonglah saya macam mana nehhh...
Berjurai-jurai air mata menangis, dah penat menangis pun. Bleh tak korang bayangkan gigi depan saya ni dah jadi rongak!. Benci jadi rongak tau tak! Benci!.

Jantung ni kencang berdegup mengenangkan gigi depan patah. Eeeee... tak tau la nak cakap panik saya tu macam mana. Nasib baik saya terjaga dari mimpi seram dan menakutkan itu. Pagi-pagi saya ceritakan kat hubby, hubby diam cuba membayangkan kalau gigi saya rongak belah depan, goshhhh gelak sakan.

Eh tapikan orang tua cakap, orang tua-tua dulu la, diorang cakap kalau mimpi gig patah beerti ada saudara kita yang akan meninggal dunia dalam masa terdekat, betul ke? U all pernah dengar ke?. saya pun tak pasti. Huhuhu yang penting gigi depan saya tak patah dan rongak. Phewwww alhamdulillah!


Monday, July 6, 2009

pelbagai cerita utk satu entry ini





cerita 1: Weekend hari tu saya agak sibuk tak melekat rumah gak, hari sabtu balik MIL house, oh we celebrate MIL birthday, lepas maghrib terus gerak ke klcc. Akibat menerima email dari mother care yg tgh buat sales haruslah pergi walau dah malam, sampai klcc pun pkl 9 malam, I bought few thing for adam, tapi yang paling i suka adalah baju di bawah, suka akan tulisan di baju itew!











Cerita 2: Saya nak gak update mata saya yang lebam di kerjakan dek adam, ayo... kesan lebam tu semakin nampak, hubby tolong saya tuamkan mata saya. Saya tak gi klinik pun dan hanya tuam sahaja, hari ahad gi rumah mak saya, nahhh.. terkejut mak tengok mata saya, tok mak cakap pada cucunya "adam jangan buat mata mama macam tu tau, kesian kat mama". huhuhu terharu saya.... Oh mata cepat la kau baik cos aku nak gak gi kerja.....







Cerita 3: Adam ni nak jadi MJ agaknya, dok pakai sarung tangan ke sana kemari, tido pun pakai sarung tangan, ini bukan negara bersalji wahai anakku. Saya rembat jek sarung tangan di mother care arituh, ntah cam comel jek kan plus ade 60% diskaun. Gosh.. pencarian topi untuk adam pun dah selesai. Kepada anda semua sila lah kunjungi mother care kerana boleh buat mata anda rambang. Stroller plak ade yg 10% and 30% diskaun, sape nak beli stroller, gi cepat....









Friday, July 3, 2009

mata lebam kene hentak






Tu kat atas tu mata sayalah, tak, saya bukan pakai eyeshadow, itu memang lebam. Kalau tengok live lagi nampak warna dark blue but in the pic tak jelas sgt. Oh saya bukan kene pukul atau dera dengan hubby, jangan plak suruh saya call talian nur tu pulak. Mata jadi lebam camtu dah hari ketiga baru amik gambar cos nak tunjuk bukti kat adam bila dia dah besar nanti, ye anak saya si adam tu lah buat. Meraung-raung saya menangis time kene tu. Sakit bangat tak hengat tak terperi tak tertahan dan tak tertanggung di buatnya.
Macam mana saya kene?. Bila waktu malam dalam pukul 10.30 - 11.00 adam akan tarik tangan saya ajak masuk bilik tidurkan dia. Bila masuk bilik tidurkan adam beerti tutup lampu gelap gelita dan breast feed sampai adam tertido. Usually it take about 10 min for him to sleep. 3 malam lepas entah kenapa die mengamuk dalam gelap tu nak breast sebelah kiri yg sakit tu, saya pujuk bagi breast kanan die tak mau terus meronta2. Bile dah meronta tu die nak menangis merajuk la terus hempaskan badan die yg disangka tilam. Ye dia hempaskan badan die exactly tepat kepada saya dan kepala die elok hentam tepat mata saya neh, tak sempat nak elak. Aku yang meraung-raung menangis kesakitan sampai adam yang merajuk tu terdiam tgk mama die melalak. Aku dah tak peduli time tu, menangis tak tahan sakit plus jerit kat adam, "napa adam buat mama camniiiii? sakit tau takkkk".
Terdiam adam yg tengah nangis tu tgk mama die histeria, sakit tau tak tahan saya dibuatnya, saya jerit tu sebab MENAHAN SABAR cos nak pukul die tak bleh, menahan dengan jerit camtu sampai hubby masuk bilik terus amik adam jauh dari saya than tanya nape, aduh hubby neh, dia bawa lari adam cepat cos die ingat saya nak pukul adam teruk2 dek kerana dengar jeritan saya tu. b, i tak hilang akal lagi la, jerit sebab nak menahan sabar yg tak terbendung dan menahan sakit, sakit tau tak if not takde la lebam teruk dah 3 hari ni.
Semalam kat office saya nak keluar jumpa client, hubby terus panggil seperti di bawah:




Nak gak letak gambar si yaya neh, abis tu hubby dah pegang camera panggil saya, alang2 mak letak jelah dalam blog mengenangkan nak cerita kisah mata lebam nikan... Hubby panggil saya tu cos tanya saya gi jumpa client camtu je ke? Ye camtu jek cos saya tak pakai eye shadow atau eye liner, saya hanya pakai compact powder, blusher dan gincu sahaja. Nak pakai eye shadow atau eye liner malas dah cos nanti nak kene seimbangkan color dan paling saya tak mau nanti balik ofc nak solat asar dah tentu saya kene lap pakai make-up remover. Saya tak bleh nak sentuh mata saya yang lebam tu ape tah lagi lap dgn make up remover, sakitttttt tak tahan. Nasib baik saya jumpa client yang dah rapat kamcheng macam kawan. Sampai kat ofc client saya tanya, weh ko nampak tak mata aku ni lebam? client saya cakap "ha'ah apsal mata ko jadi camtu, ko gaduh ke ape?.
Anak punya pasal sampai cenggini jadi mata mama, adam kalau nak merajuk suka sangat lembik-lembikan badan dia atau meronta-ronta. Tapi adam dah kene marah dengan hubby... padan muka kene marah dengan baba..

Thursday, July 2, 2009

sakit tau...


Dah 2 minggu saya menahan derita, tak tertanggung rase derita ni tau, derita yang saya alami ni ialah "nipple cracked". I think most of the breast feed mother face with the problem, gosh this is fifth time okey. Selama adam lahir sampai la ni dah setahun tujuh bulan i menyusukan dia, sekarang ni lah yang paling sakit, hampir sekeliling nipple tu merekah terbelah, tapi i bagi adam hisap gak cuma tak kerap la, nasib baik ade 2 breast, satu sakit, bagi lagi sebelah. Tapi die kebiasaannya meronta2 nak minum dua2 belah.

Bila adam start hisap je yg sebelah kiri, adoi mak ai.... menahan sakit sampai meleleh air mata ni tau. Selalunya bila kene "nipple cracked" ni i sapu susu badan kat tempat luka tu which is paling mujarab utk i. Tapi la ni kurang sikit susu lebih-lebih lagi bila adam asyik BF so breast cepat kosong. I tell u it realy2 painful. I went to the clinic and get a medicine, alhamdulillah beransur pulih sikit. I rase this time sakit teruk cos cracked dia agak dahsyat dan adam pun gigi dah hampir penuh, gigi lak tajam cam gigi buaya.

Mase sakit tak tahan tul i asyik ngadu kat hubby jek, "macam mana ni b, sakit sangat, pastu dah tak cantik rupa die sebab cracked, hubby jawab "alah nanti baik la tu, cracked pun i sayang u jugak". Dalam hati i, memanglah kene sayang isteri, ade ke orang isteri Pu*ing cracked terus jadi tak sayang?". Kot ye nak pujuk kan aku nye kesakitan jgn la bagi statement cenggitu. Ape-ape je lah b janji sayang.... huhuhu..

Anak oh anak....

Di tag oleh Zety Zain



1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
Satu iaitu lelaki


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Bila-bila saje, tak kisah, allah bagi saya tadah tangan kesyukuran...

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Muhammmad Adam = Nama nabi / ikutan / teladan


4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Saya & suami.

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Secara kebetulan kerana saya dan suami kurang gemar nama yg panjang2, than rujuk buku dan internet nama adam.


6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Ntah, belum fikir lagi, kalau boleh yang ringkas2 aje...



7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
Oh soalan ini bukan untuk saya
8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
Kalau boy bleh girl pun bleh, nak dedua serentak bleh, kembar boy and girl....
9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
Ermmmm kecik lagi tak nampak la... yang pasti dia manja dengan i, nak buang air besar and kecik pun die nak ikut i masuk bilik air gak, tak nak ngan baba, macam mana tu?????????
10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.
Taraaaa....
5 and half month
Pic Mama and baba pun nak menyibuk gak dalam tag neh...

Nak tag sape yeh? nama yg dipilih:

1. mrs Noba

2. Faizah mama airiel

3. Fara (msk gathering)

4. Jua

5. Isabelle mama adam

Wednesday, July 1, 2009

Lasagna ku....


Hari ini macam biasa saya bangun awal pagi dan masak, tapi tak masak nasi berlauk hari ni saya masak lasagna, bos di rumah sudah request lasagna. Nasib baik la hubby i nih request benda-benda yang mudah. Kalau hubby selalunya yg dia akan request ialah cup cake, karipap, pengat keladi, ghetok (tau tak, ala yg rebus ubi+gula+kelapa), nasi ayam, soto yg lengkap dgn begedil dan condiment yg lelain, daging bakar masak lemak darat cili api, sup tulang, haih byk plak nak list kan tapi itu adalah yang selalu dia request. Muka hubby puas jek dapat breakfast lasagna. saya pun gembira...

Gigih ok mak bangun pagi buat bechamel sauce dan sauce daging layer bersama pasta lasagna, yummy saya pun melantak dan bawa ke ofc utk staff. Sllluuuurrrp yummeh!. Kalau nak healthy lasagna sepatutnya kene layerkan skali dgn spinach tapi tak sempat yek pagi-pagi buta nak buat special lasagna. OH...Oh..Oh... hari ni saya busy tapi nak gak hapdet blog, nak sambung buat proposal, saya tak sempat la nak ke blog anda semua, esk saya tawaf yeh.....

Tuesday, June 30, 2009

congratulation!


Yep, congratulation zul and wife. Finally ko kawin pun yg paling penting cita-cita nak kawin ngan orang pantai timur tercapai, dapat orang ganu. Zul kawan baik i zaman uni dulu, geng zaman uni tak semestinya perempuan sahaja lelaki pun ade. Tabah aku nak ke frim dengan kesesakan kat bulatan batu caves okeh. Congrats again and sila join the club cepat2, dah ade anak nanti barulah ko rase tak dapat tido malam, dah le ko suka call aku memalam buta pastu tanya 'dah tido ke?'. Meh sini aku call ko memalam buta mase ko baru kawin neh....
Adam selamba kodok buat joget lambak kat wedding zul



Rosli Wedding ceremony




Congratulation rosli and jaja, superb wedding ceremony okeh eventhough we all sampai lewat which is dah 3 lebih nak pukul 4 dah dan pengantin pun tengah sibuk bergambar. Gambar2 pre wedding sgt cantik okeh and gift as well!



Gift utk guest wedding rosli and jaja adalah paperbag besar and printed their pic, wedding invitation card pun gambar diorg, cantikan!. Dalam paperbag ade majalah rapi, epal and cake, huhuhu i rase wife dia press kot. gift dari qarissa birthday party utk adam pun ade, ben-10!. Sunday penat wooo... penuh invitation sana sini but alhamdulillah we manage to go!


Gambar terakhir mestilah gambar mama and adam, adam pantang jumpa slides, mama pantang nampak camera!


Monday, June 29, 2009

Birthday party qarissa


Last saturday, we all keluar dari pagi hingga lewat malam baru balik rumah. Tiba rumah lewat malam tu masing-masing dah macam tempe lunyai, penat seharian diluar. Okeh pagi dalam pukul 11 lepas kemas2 rumah almaklumlah maid dah takde, maid baru tak sampai-sampai, we all pergi kenduri kahwin di Frim, selayang. Kawan baik saya masa zaman uni dulu kahwin, we all sangkut kat bulatan batu caves tu masyaalah punyalah lama, zul gigih gak aku nak ke wedding ko neh. lepas wedding zul saya pergi ke wedding rosli, kawan hubby, wedding die supperb, cerita wedding ni i buat entry lain yeh, khas pasal wedding. Lepas gi wedding rosli, we all gi low yat plak cos hubby nak beli lagi satu editing work station kat ofc, hadoi mak ikutkan ajelah. Lepas settle semua di lowyat bergerak ke birthday party qarissa anak watie.




Mula-mula kitaorang sesat gak nak ke rumah watie ni, Punyelah mencari mana lah aman perdana neh, tapi watie ko dah pernah bagi hint kat aku dulu ckp kawasan umah ko tu masih kategori kawasan jin bertendang so aku agak2 yg dalamlah. Walaupun agak dalam kawasan rumah ko tu tapi cantik okeh, meletop kebabom. We all sampai dah pukul 8 malam rasenye dan orang di rumah watie dah ramai pun. Adam sampai-sampai jek terus kejarkan raksasa merah tu, bebudak ketuk-ketuk raksasa merah, eh adam pun ikut, kesian raksasa merah tu....


Tengok tu adam ketuk katne tu. orang dalam tu adalah lelaki ye adam...
Okeh gambar kat bawah nih adalah kek qarissa, cantikkan....







Tak banyak gambar yg dapat snap cos ramai sgt orang, terhimpit-himpit saya ni kene tolak ngan budak dan mak bapak budak. Watie rambut ko cam kene snow okeh mase bebudak spray gadget2 birthday party tu, mahal tu rambut vouge malam tu. Semasa sessi makan-makan, saya cari gak blogger lelain tapi tak nampak pun, so saya duduklah meja yg kosong dan dok semeja ngan neighbour watie, chinese family. Dah duduk tu bantai borak ngan jiran si watie nih. Bak kata hubby saya, "U ni kalau i letak u sebelah kelindan lori pun u boleh borak2", ye saya boleh borak ngan sesape pun. Watie jiran cina ko tu tanya aku berapa umur ko? jawapan aku ialah " oh! i also donno her age....". Oleh yang sedemikian sila gi borak-borak ngan jiran cina ko tu bagitau age ko brape, eh bagitau aku skali cos aku pun taktau, wakakaka. Dari satu topic ke satu topic aku borak ngan neighbour ko tu. Tak berapa lama kemudian baru nampak batang hidung isabelle and family.


Adam, mama, isabelle, adam, papa adam. Yes our son name adam!




Gosh, tak reti dok diam!





Adam meet adam



Paling suka main buaian si qarissa neh....




Meet fatin





Congratulation Qarissa! 1 year old bebeh!




P/s: Watie, gigih aku yang duduk di ampang ni nak ke rumah kau, anyway thanks for da gift, bukan anak jek dapat party pack, parent pun dapat perfume. Thanks again!










Friday, June 26, 2009

parang kontot dan towel





Parang kontot ngan towel kat atas tu adalah hadiah utk b sempena father's day arituh. Ye..ye... sila berkerut ke, gelak ke, sengih ke sukati ko lah. Aku sebenarnya dah bosan tiap-tiap tahun bagi hubby perfume, jam tangan, kasut, baju, wallet, dan barang2 yg sewaktunya dgn lelaki. So tahun ni bagi kelainan sikit. Walau pun towel dan parang kontot tapi ia sungguh "special" dan yg paling penting buat hubby tersenyum. Masuk bilik jek, atas katil siap riben bagai, tararaaaaaaa!, bukan i bogel atas katil ye, tapi hadiah tu la....

Kenapa parang kontot dan towel?
Aku bagi sebab kenapa towel, ermmm macam mana nak cakap yeh nape aku bagi towel, erm ok ok ok ok, weh ko ingat senang nak cari tuala panjang yg ukur lilit special utk laki mak. Towel yg saiz standard tu tak dapek nak nolong. So kalau dapat beli saiz tuala gedabak yg agak payah nak cari, tu dia...., hubby i punya senyum.... "thanks yang, thanks yeh.."

Parang kontot adalah kerana die dah lama sgt cari benda alah tu, memang senang nak dapat dan beli dimana-mana sahaja tapi tak terbeli dek kerana lupa memanjang. Bile time beli durian nah kau terkial-kial nak buka masa tu lah rase nape takde parang kontot khas utk kopek durian, so bile sesuatu benda tu kita nak sgt tapi tak dpt2 walau mudah utk dapat dan beli sekali tiba2 ada depan mata, sukakan....kan.. kan... malam tu gak hubby gi cari durian balas dendam nak kopek durian ngan parang.
Wahahhaa... tahun ni bagi hadiah kat b memang di luar jangkaan hubby dan aku sendiri. Ye la pening kepala woooo ape nak bagi. Dalam setahun ada 3 celebration yg we all selalunya akan bagi hadiah dan celebrate wich is anniversary, birthday and maother's/father's day. Gosh his birthday - coming soon bebeh!. Nak beli ape plak neh?????







Thursday, June 25, 2009

Gila blog!

Adakah anda pembaca blog tegar? atau anda penulis blog tegar?. Saya dua-dua pun saya bleh masuk tapi kalau busy sgt saya tak sempat nak update cerita-cerita saya mahupun cerita rakan-rakan. Kadang-kadang saya selalu gak buat auto post cos senang utk entry saya keluar ikut masa dan date yg saya mahukan. Mengapa saya suka auto post entry kerana rasa bersalah buat blog di ofc aka curi tulang, pergghhh.. nak muntah weiiii. B kalau b baca sudi-sudilah naikkan gaji i ni menandakan i adalah pekerja b yang bagus, wakawkakakakka.
Kalau nak ber blogging di rumah, huiisshhhh payah nak dapat fokus yang terbaik kerana di gangu oleh adam, time mama nak update dan baca blog kengkawan time tu lah nak breast feed la, nak dukung la, nak ajak main la dan paling best die pun sibuk nak tekan2 lappy haku neh. Adoi tension mak!. Tapi ade satu hari tu adam dah ngantuk sangat nak tunggu mama masuk bilik tidurkan adam, die pun bantai tido sebelah i yg tgh gile update blog kat ruang tamu. Bile tgk gambar kesian plak adam, nasibla adam mama dah sewel nak update blog, macam ganja ketagih....

U all selalu update blog di rumah atau di ofc?